PKNS INFRA BERHAD (PIB), sebuah syarikat anak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan diperbadankan pada tahun 1993, telah diiktiraf persijilan ISO 9001 untuk penyediaan perkhidmatan kerja-kerja kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan. 
     

PENGKHUSUSAN:

 

Kami terlibat dalam pembinaan prasarana dengan pengkhususan dalam kerjatanah untuk pembangunan perumahan dan industri, pembinaan dan penaiktarafan jalanraya, jambatan, persimpangan, retikulasi air, saliran, loji rawatan dan lain-lain kerja prasarana yang berkaitan. Sepanjang masa ini, PIB telah bergiat mengembangkan perniagaan terasnya dalam bidang pembinaan prasarana dan telah menceburi dalam pembinaan bangunan dan lain-lain kerja kejuruteraan awam. Syarikat juga telah menyiapkan dengan jayanya beberapa projek untuk kedua-dua sektor kerajaan dan swasta. Sehingga kini Syarikat telah melaksanakan projek sebanyak RM1 billion.

Berdaftar sebagai kontraktor PKK Kelas A dan CIDB G7, Syarikat diperlengkapkan dengan kemahiran dan kemudahan untuk menyediakan berbagai perkhidmatan pembinaan yang terkini dan innovatif, daripada pembinaan projek-projek infrastruktur dan bangunan, kontraktor pakar dalam kerja pembetungan, kerjakontrak turnkey dan pengurusan projek hinggalah kerja-kerja senibena lanskap. Di antara ini, projek yang sungguh significan ialah penyiapan kemudahan-kemudahan pembetungan di kawasan Industri Pulau Indah yang menggunakan sistem vakum yang mana merupakan yang pertama digunakan di kawasan Asia.

AKTIVITI SAMPINGAN:

 

Selain daripada ini, kami juga menawarkan kepakaran lain dalam kerja-kerja kejuruteraan elektrikal. Kami menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk semua jenis kenderaan, loji penghawa dingin.

KUALITI:

 

Keutamaan kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti di samping keupayaan dan kami tetap komited kepada kualiti ISO 9001 dalam segala yang diusahakan oleh kami. Matlamat kami ialah untuk terus memberi perkhidmatan yang melebihi dugaan pelanggan dengan kualiti yang tinggi sekali.

 

 

 

 

2004 Hakcipta PKNS Infra Berhad. Direka oleh

<Back   |   Top^   |   Next>